Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam
pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi..
Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”
Suaminya lantas
menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar..
Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya
bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat
menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si
suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan
saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi bapa mertua lelaki
masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang,
tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali
ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas
menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua
berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau
besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”
Terkejut
besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan
pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati..
Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.
[~ post by kancantirana36 ~]