KualaLumpur10
Selamat Datang Ke Kualalumpur10 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Kualalumpur10 forum.** DiHarap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. Kualalumpur10 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada scrollock0428@gmail.com(forum help support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli Kualalumpur10 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Kualalumpur10 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat Melayari Kualalumpur10 forum BUKAN SEKADAR FORUM
KualaLumpur10
Selamat Datang Ke Kualalumpur10 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Kualalumpur10 forum.** DiHarap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. Kualalumpur10 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada scrollock0428@gmail.com(forum help support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli Kualalumpur10 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Kualalumpur10 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat Melayari Kualalumpur10 forum BUKAN SEKADAR FORUM
KualaLumpur10
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
KL10 News online
.:Sila click pada gambar dibawah untuk berita online:.
  • Description
  • Description
  • Description
  • Description
  • Description
KL10 forum games
Description
Link sahabat forum
PROMOTE KAMI
.:Sila copy dan pastekan code dibawah ke laman web anda untuk promosi Forum KL 10:.

Description


 

 Rahsia Disebalik Hidung

Go down 
AuthorMessage
Kancan Tirana
Comander
Comander
Kancan Tirana


Posts : 356
Join date : 30/04/2009
Age : 39
Location : kL / Kedah

Rahsia Disebalik Hidung Empty
PostSubject: Rahsia Disebalik Hidung   Rahsia Disebalik Hidung EmptyTue May 05, 2009 9:31 am

[b]Rahsia disebalik hidung. tilik hidung anda dicermin sekarang dan cari rahsia anda disini.

Hidung panjang :

Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan
seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk
mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang
bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda
sengaja 'mencari pasal' dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain
itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada
mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas
pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan
itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan
diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan
berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru
dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu
yang baru dalam kehidupan.

Dia juga seorang yang peramah, dan
amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya
sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi
usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka
sememangnya seorang yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil
tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan
bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan
kontra keputusan tersebut. Ha... bila dah tersilap langkah, tiada
gunanya lagi...

Hidung paruh burung :
"Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak
macam patahkan!" Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila
ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha... jangan tak
tahu... mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya.
Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan
dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka
cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa
yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat
dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka
cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk
mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung tajam :
Ha... jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang
memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya.
Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan
salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur,
mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat
mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja
keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Erm,
apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda
mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi
alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda. Bagi mereka
yang berhidung kembang, kecil runcing, pesek dan lurus, pastikan anda
membaca artikel ini dalam bahagian kedua. Selamat menilik!

Hidung lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus.
Ha... mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam
menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup
berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si
hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak
menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus
kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap
dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka
mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta
pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu
anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman,
sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat
berdiplomasi. Ha... jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga
licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi
kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga
yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi
janganlah anda melakukan sesuatu yang 'bodoh' kerana ia akan menjerat
diri anda sendiri.

Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang
kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak
akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga
dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan
mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si
hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja.
Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.



[~ post by kancantirana36 ~]

Back to top Go down
 
Rahsia Disebalik Hidung
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Rahsia Disebalik Dahi
» Rahsia disebalik gerak laku
» 18SX Rahsia Tarzan
» rahsia petua melayu lama
» Rahsia hadiah & makna tersirat

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KualaLumpur10 :: .::INFORMASI::. :: .::SUDUT PETUA KL10::.-
Jump to:  
KL10 partner

DescriptionDescription

Advertise here
Description

DescriptionDescription

Description